Monday 25 April 2011

Hasani Management & Consultancy Sdn. Bhd
(Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PSMB dan 
SME Corporation Malaysia)
Mempersembahkan Kursus:
"POWER-UP :
PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI 
MENGGUNAKAN KONSEP
ESQ & NLP"
Kursus yang akan memberi para peserta  kemahiran yang  diperlukan 
untuk menjadi seorang individu yang bermotivasi, berkemahiran dan 
dinamik untuk menghadapi cabaran di peringkat tempatan mahupun global. 
TARIKH: 21 & 22 Mei 2011
MASA: 9.00pg - 05.00ptg
TEMPAT : Dewan Hasani Ipoh, Perak.
TEMPOH KURSUS : 2 Hari
YURAN KURSUS : RM450.00 ( Termasuk 3 kali makan)
SIJIL:
Sijil Penyertaan Hasani-SME Corporation Malaysia akan 
diberikan kepada para peserta 
OBJEKTIF KURSUS
Selepas menjalani kursus, para peserta akan dapat:
1. Melakukan perubahan positif kepada diri melalui cara berfikir dan bertindak.
2. Mengetahui petua membentuk konsep kendiri yang positif.
3. Mengenal potensi diri dari semua sudut (rohani, emosi, sosial, mental).
4. Mengetahui kaedah membentuk matlamat yang dapat membawa kejayaan.
5. Mempelajari teknik menjadikan diri lebih bertenaga dan bermotivasi.
6. Mengaplikasi teknik komunikasi berkesan untuk mewujudkan kemesraan.
MODUL KURSUS
Modul 1: Mengenal Potensi Diri
Fahami konsep ‘self esteem’, bagaimana ia terbentuk dan bagaimana 
ia mempengaruhi kehidupan anda di tempat kerja dan di rumah. 
 lakukan introspeksi diri untuk melihat bagaimana diri anda sebenarnya 
unik.  Satu sesi video bertajuk ‘The Secret’ akan ditayangkan untuk 
menunjukkan potensi yang wujud dalam setiap individu.
Modul 2: Membentuk Motivasi Diri
Selidiki apa yang menghalang anda dari mencapai apa yang dikehendaki 
dan laksanakan 4 langkah mudah untuk mengatasi ketakutan anda.  
Pelajari teknik-teknik mudah untuk meningkatkan motivasi anda.
Modul 3: Meningkatkan Ketrampilan Diri
Pelajari rahsia untuk membina kepercayaan orang lain terhadap diri anda.  
Fahami kesan bahasa badan kepada proses perhubungan dan bagaimana 
anda boleh gunakannya untuk menarik pendengar anda.  Selami kaedah 
dan petua yang digunakan oleh mereka yang berjaya untuk mempengaruhi 
pemikiran orang lain.
Modul 4: Pengurusan Diri Berkesan
Pelajari kaedah pengurusan masa yang berkesan untuk meningkatkan 
produktiviti anda ditempat kerja dan menambahkan masa yang berkualiti 
dengan keluarga.  Fahami punca-punca stres dan tanganinya sebelum 
ia ‘menangani’ anda.
Modul 5: Kemahiran Berfikir Efektif
Tingkatkan kemahiran anda dalam menganalisis sesuatu situasi dan 
hasilkan penyelesaiann yang bernas dan kreatif untuk memperbaikinya.  
Ringankan beban anda dalam memilih penyelesaian terbaik dengan 
mempelajari teknik terkini dalam membuat keputusan.
Modul 6: Membentuk Kepimpinan Berkesan
Pelajari teknik ‘LEARN’ untuk membentuk kepimpinan yang berkesan 
dan jadikan rakan sekerja anda lebih bermotivasi dengan memahami 
kuasa sinergi
Modul 7: Nilai dan Etika Cemerlang
Ketahui ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan dalam seorang pekerja 
dan bagaimana anda boleh mewujudkan nilai tersebut di dalam diri anda.
METADOLOGI KURSUS
1. Menggunakan pendekatan persembahan powerpoint
2. Syarahan
3. Perbincangan Secara Berkumpulan
4. Penerangan menggunakan LCD projektor, 
5. Perbincangan dalam kumpulan, 
6. Kaunseling peribadi/kumpulan.
7. Tenaga Pengajar yang terbaik dan 
berpengalaman.
8. Nota lengkap
9. Makanan disediakan.
* Sila lihat Flyers untuk mengetahui Objektif, dan 
Kandungan Kursus
KRITERIA – KRITERIA SYARIKAT ENTERPRISE  KECIL
 DAN SEDERHANA :
1. Dimaklumkan bahawa syarikat mestilah mempunyai nilai  jualan 
tahunan tidak melebihi RM25 juta  atau jumlah   pekerja sepenuh 
masa kurang daripada 150 orang.
2. Syarikat mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta  
atau jumlah pekerja sepenuh masa kurang daripada 50 orang.
3. Syarikat juga mestilah sekurang-kurangnya 60% ekuiti  syarikat 
dimiliki oleh rakyat malaysia.
Berikut merupakan dokumen dan pengesahan yang perlu disediakan 
untuk menyertai program ini :-
Dokumen-dokumen ini adalah untuk mengesahkan bahawa syarikat 
anda adalah layak untuk mendapatkan Geran Latihan sebanyak 
50% dari SME Corp)
Syarikat Sdn. Bhd
1. Lesen Perbandaran / Majlis Daerah
2. M & A
3. Penyata Akaun Syarikat (Tahunan) di audit
4. Penyata KWSP ( bagi pekerja)
 Syarikat Enterprise
1. Lesen Perbandaran / Majlis Daerah
2. Lesen Pendaftaran Suruhanjaya 
Syarikat Malaysia (SSM)
3. Akaun Syarikat (3 bulan terbaru)
4. Penyata KWSP (bagi pekerja)
Jika anda  berminat, sila isi borang pendaftaran dan kembalikan 
kepada kami samada melalui e-mail atau fax.
 Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :
 HASANI MANAGEMENT & CONSULTANCY SDN. BHD
 Cawangan Kamunting :                                                   
 No. 32, Jalan MKJ/2, Medan Kamunting, Perak
 No.Tel : 05-891 5455  ( Puan Thilagam / Pn Munirah )
 No. Faks: 05-891 4861
 E-mail : hasani_kamunting@yahoo.com
Cawangan  Ipoh:
No.2B & C, Lintasan Perhentian Medan Kidd,
30200, Ipoh Perak
No.Tel: 05-242 6095 ( Cik Salwa / Cik Aqilah / Cik Mastura)
No. Faks : 05-242 6096
E-mail: hasani_bandaripoh@yahoo.com


Thursday 21 April 2011

Hasani Management Ipoh akan mengadakan kelas Spoken English setiap Isnin hingga Rabu bermula pada 25hb April 2011 Jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.Maklumat lanjut sila hubungi 052426095 / 6096 ( Hasani Ipoh )